Kita hendaklah selalu menjaga tujuh sunnah Nabi.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu ialah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya
![]() |
| Gambar hiasan |
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an
terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
![]() |
| Gambar hiasan |
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu
shubuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid
merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan
Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
![]() |
| Gambar hiasan |
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
![]() |
| Gambar hiasan |
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
![]() |
| Gambar hiasan |
Zikir
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita
kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan
dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Semoga
kita sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah untuk mendekatkan diri kita kepada
Allah dan menjadi di kalangan orang yang beriman di dunia dan di akhirat...





No comments:
Post a Comment