Thursday 26 April 2012

Qasidah Istighfar


     
        Sungguh menyentuh hati saya apabila mendengar Qasidah Istighfar ini, sambil mendengar Qasidah Istighfar ini, kita bolehlah berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan, kita sebagai manusia tidak akan terlepas untuk melakukan dosa dengan kita sedari dan tanpa kita sedari. Oleh itu kita mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah.


Semoga Allah mengampuni dosaku, kedua ibu bapaku, adik-beradikku dan semua muslimin dan muslimat. Amin...

Friday 13 April 2012

Tanda-tanda Allah sayang kita.

                                                      
Saya terbaca di dalam facebook kata-kata ini. Kata-kata ini amat baik jika kita mendalami dan memahami nya agar kita tidak berburuk sangka dengan Allah. Diberikan kesedihan. 
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.

Gambar hiasan







jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

Kasih Allah Kasih Sejati..

Mohonlah cinta Allah yang kekal selama-lamanya..




Melalui kata-kata di atas jelaslah ujian yang diberikan kepada kita adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, akhir sekali,  janganlah kita bersedih di atas ujian yang diberikan, pasti ada hikmah di sebalik ujian dan kesusahan yang diberikan kepada kita untuk mendapat keredaan Allah dan kasih sayang Allah.. 

Wednesday 11 April 2012

Terapi Penyakit Hati


      Saya tertarik untuk berkongsi dengan semua pembaca mengenai sebuah buku 5 terapi penyakit hati oleh Adil Akhyar. Pelbagai maklumat baru yang diperolehi di dalam buku ini iaitu terapi penyakit hati. Di dalam kehidupan kita, kita tidak terlepas daripada sifat mazmumah, iaitu berburuk sangka, hasad dengki, mengumpat. Oleh itu, marilah bersama-sama merawat penyakit hati dan menambah amal soleh melalui terapi ini.
Dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang.

  •       Membaca Al-quran beserta memahami maknanya. Dengan membaca Al-quran mendekatkan diri kita kepada  Allah. 

Saat inilah antara kita dengan Allah untuk memohon segala permintaan kita dan mohon keampunanNya.
  •       Sentiasa sembahyang malam. Pada saat inilah kita dapat mengadu masalah kepada Allah tanpa di ganggu oleh manusia lain.


Gambar hiasan.
  •      Bersahabat dengan orang soleh. Apabila kita bersahabat dengan orang yang soleh kita juga akan menjadi dikalangan mereka dan terhindar daripada segala kemungkaran.
  • Zikir malam yang panjang. Kita akan mendapat ketenangan apabila berzikir ditengah malam dan mengelakkan daripada sifat riak dan menunjuk-nunjuk di dalam ibadah.

 Gambar hiasan.

  •  Perut yang selalu lapar. Rasulullah SAW telah bersabda “Sesiapa yang menahan lapar di dunia, maka dia akan kenyang di akhirat. Allah tidak menyukai banyaknya makanan, sehingga tidak dapat dihidangkan. Sesiapa yang tidak makan sesuatu, padahal dia sangat ingin untuk memakannya, maka akan disediakan untuknya suatu darjat di syurga”.

Tuesday 10 April 2012

Tujuh Kalimah Mulia Yang Perlu Diamalkan.

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia di pandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih di laut " 




1. Ucaplah Bismillah apabila kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan. 
2. Ucaplah Alhamdulillah apabila kita selesai melakukan sesuatu. 
3. Ucaplah Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 

4. Ucaplah Insya' Allah jika kita merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 

5. Ucaplah La haula wala kuwwata illa billah jika kita menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini. 

6. Ucaplah Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika kita menghadapi dan menerima musibah. 

7. Ucaplah  La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidah dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.



Oleh itu, basahilah lidah kita dengan kalimah ini dan kita tergolong di kalangan orang yang sentiasa mengingati Allah.

Saturday 17 March 2012

Renungkan sejenak.

Marilah sama-sama kita memahami sabda Nabi SAW yang bermaksud iaitu ada empat di pandang sebagai ibu ialah..


1)  Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

Gambar hiasan.
     Apabila kita makan sedikit, memudahkan penghadaman makanan kerana daripada pemakanan kita menyebabkan pelbagai punca penyakit.

2)  Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

Gambar hiasan.
     Kita haruslah menjaga percakapan kita kerana melalui percakapan kita, orang lain akan mengetahui perangai kita. Senyap adalah lebih baik daripada bercakap perkara yang tidak baik seperti mengumpat atau mengata terhadap orang lain.


3)  Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.


     Kita sebagai hamba Allah mestilah sentiasa menanam perasaan takut untuk membuat dosa. Ingatlah balasan api neraka kepada mereka yang ingkar. 


4)  Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Hiasilah diri kita dengan sifat sabar
       Bukan mudah untuk mencapai cita-cita kita, oleh itu, sifat sabar amat penting kerana untuk berjaya kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mencapai cita-cita kita.

Mengenai kesedihan


      Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu? Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw). Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)


     Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini agar dihindari kesedihan. Renungkanlah maksud ayat Al-Quran  di bawah agar kita tidak bersedih lagi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita jangan bersangka buruk dan bersedih di atas segala yang berlaku.



Dengarlah zikir mengubat segala kesedihan kita. Insya' Allah.


“Think Like a Winner”




Saya terbaca kata-kata menarik di dalam buku menuju kecemerlangan belajar. Saya ingin kongsikan “Berfikir sebagai seorang pemenang”, kata-kata ini akan membantu kita mengubah pemikiran ke arah fikiran positif dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.

Menurut Walter Staples dalam bukunya “Think Like a Winner
Bila anda mengubah cara berfikir
Daripada “Tidak Boleh” kepada “Boleh”
Anda mengubah kepercayaan anda
Bila anda mengubah harapan kepercayaan anda

Anda mengubah harapan dan jangkaan anda
Bila anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tingkahlaku anda
Bila anda mengubah tingkahlaku anda
Anda mengubah peluang anda
Bila anda mengubah peluang anda
Anda mengubah masa depan anda
 Daripada “KECUNDANG” menjadi “CEMERLANG”
                ANDA MENANG !

Insya’ Allah.
Bukan mudah untuk berjaya, pasti ada halangan sebelum kita  kecapi kejayaan.