Saturday, 17 March 2012

Renungkan sejenak.

Marilah sama-sama kita memahami sabda Nabi SAW yang bermaksud iaitu ada empat di pandang sebagai ibu ialah..


1)  Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

Gambar hiasan.
     Apabila kita makan sedikit, memudahkan penghadaman makanan kerana daripada pemakanan kita menyebabkan pelbagai punca penyakit.

2)  Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

Gambar hiasan.
     Kita haruslah menjaga percakapan kita kerana melalui percakapan kita, orang lain akan mengetahui perangai kita. Senyap adalah lebih baik daripada bercakap perkara yang tidak baik seperti mengumpat atau mengata terhadap orang lain.


3)  Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.


     Kita sebagai hamba Allah mestilah sentiasa menanam perasaan takut untuk membuat dosa. Ingatlah balasan api neraka kepada mereka yang ingkar. 


4)  Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Hiasilah diri kita dengan sifat sabar
       Bukan mudah untuk mencapai cita-cita kita, oleh itu, sifat sabar amat penting kerana untuk berjaya kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mencapai cita-cita kita.

Mengenai kesedihan


      Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu? Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw). Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)


     Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini agar dihindari kesedihan. Renungkanlah maksud ayat Al-Quran  di bawah agar kita tidak bersedih lagi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita jangan bersangka buruk dan bersedih di atas segala yang berlaku.



Dengarlah zikir mengubat segala kesedihan kita. Insya' Allah.


“Think Like a Winner”




Saya terbaca kata-kata menarik di dalam buku menuju kecemerlangan belajar. Saya ingin kongsikan “Berfikir sebagai seorang pemenang”, kata-kata ini akan membantu kita mengubah pemikiran ke arah fikiran positif dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.

Menurut Walter Staples dalam bukunya “Think Like a Winner”
Bila anda mengubah cara berfikir
Daripada “Tidak Boleh” kepada “Boleh”
Anda mengubah kepercayaan anda
Bila anda mengubah harapan kepercayaan anda

Anda mengubah harapan dan jangkaan anda
Bila anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tingkahlaku anda
Bila anda mengubah tingkahlaku anda
Anda mengubah peluang anda
Bila anda mengubah peluang anda
Anda mengubah masa depan anda
 Daripada “KECUNDANG” menjadi “CEMERLANG”
                ANDA MENANG !

Insya’ Allah.
Bukan mudah untuk berjaya, pasti ada halangan sebelum kita  kecapi kejayaan.




Thursday, 15 March 2012

Tip-tips untuk mendapat ketenangan.

  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada  kerana apabila kita bersyukur dengan apa yang  kita ada, kita tidak akan mengeluh dan hati kita pun akan menjadi tenang. 
Banyaklah bersyukur diatas segala pemberianNya.
  • Tidak bersedih dan mengeluh dengan apa yang telah berlaku. 

Gambar hiasan

  • Sabar di atas segala ujian yang diberikan kepada kita. Dan mohonlah kepada Allah agar dapat bersabar di atas ujian yang diberi.



  • Senyumlah untuk memberi  ketenangan kepada diri kita sendiri. 





Monday, 5 March 2012

7 Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan....

Assalamualaikum..

 Kita hendaklah selalu menjaga tujuh sunnah Nabi. 

 Tujuh sunnah Nabi SAW itu ialah:

 Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya



Gambar hiasan


Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Gambar hiasan


Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 



Gambar hiasan


Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 


Gambar hiasan
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 


Gambar hiasan
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan menjadi di kalangan orang yang beriman di dunia dan di akhirat...